Categories: Trending

Semua Sektor Ekonomi Akan Dibuka Sepenuhnya Jika…. – PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata demikian sebaik Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjaya dilaksanakan.

Menurutnya, semua sektor ekonomi termasuklah pelancongan yang terjejas teruk sebelum ini serta aktiviti sosial akan dibuka sepenuhnya.

“Apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, impak positif akan mula kita rasai. Pelbagai sektor ekonomi akan dibuka semula, seperti pelancongan. Kita boleh saling ziarah-menziarahi, aktiviti bersukan juga boleh kita amalkan, tetapi dengan mengamalkan norma baharu”

Harapan rakyat Malaysia!

Tambahnya lagi, vaksin Covid-19 merupakan harapan untuk semua rakyat Malaysia terutamanya dalam melawan penularan wabak tersebut.

“Pastinya, satu lembaran baru bakal terbuka dengan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada penghujung bulan ini,” katanya ketika melancarkan Buku Panduan Program Imunisasi Covid-19 pada Selasa.

Pada majlis yang dilakukan secara maya itu juga, Perdana Menteri turut melancarkan laman web www.VaksinCovid.gov.my.

 

Salma Syahbuddin