Categories: SelebritiTrending

“Bangkit, Gunakan Kudrat!” – Dedah Bekas Suami Beri Nafkah Anak RM100, Individu Pula Dakwa Nurul Shuhada Tak Bersyukur?

Susulan mendedahkan bekas suaminya iaitu pelakon Hafidz Roshdi culas membayar nafkah anak dengan hanya memberikan RM100 untuk setiap anak.

Artikel Berkaitan: Culas Bayar Nafkah, Nurul Shuhada Dedah Hafidz Roshdi Hanya Beri RM100 Untuk Setiap Anak!

Namun begitu, ada pula individu yang meminta Nurul Shuhada  untuk belajar bersyukur dan mempersoalkannya mengenai kerjayanya.

“Nasib dia bagi. Belajar bersyukur. Lagipun awak dah ada kerjaya bukan? Bangkit. Maka gunakan kudrat. Masa untuk lebih berjasa dari membuang masa. Semoga dipermudahkan urusan,” tulis individu itu.

Tidak berdiam diri, Shuhada tampil membidas komen individu itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Storiesnya (IGS).

Malah, Shuhada turut meluahkan rasa kesal apabila individu menuduhnya tidak menggunakan kudrat sepenuhnya untuk membesarkan anak-anaknya.

“Belajar untuk TAHU apa erti tanggungjawab sebenar.

“Bila ada manusia yang suruh kita belajar erti syukur, bila dia accused me tak gunakan kudrat cari rezeki untuk anak-anak. I bukan setakat guna kudrat for your information, I gunakan segala apa yang I ada nak besarkan anak-anak.

“Don’t talk rubbish la if you sendiri tak pernah ada anak, jangan persoal bab rezeki di tutup oleh seseorang?

“Rezeki dari siapa bang? Dari Allah… belajar letak pergantungan 100% dekat Allah, belajar untuk letak Allah number satu, jangan buat Allah murka, all the best,” tulis Shuhada.

Atiqah Johari