Categories: SelebritiTrending

Bapa Norman Hakim Meninggal Dunia Di Rumah

Pelakon Norman Hakim berkongsi berita sedih memaklumkan bahawa bapanya telah kembali ke rahmatullah malam semalam.

Menerusi hantarannya di Instagram, dia memberitahu bapanya, Zaidon Abdul Rahim telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kuantan, Pahang kira-kira pukul 8.30 malam pada Jumaat.

“Dengan rasa dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Haji Zaidon bin Haji Abdul Rahim telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat, 6 Oktober 2023 bersamaan 20 Rabiulawal 1445H jam 8.30 malam di kediaman beliau di Kuantan.

“Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Ayah, merahmatinya, memuliakan kematiannya, melapangkan kuburnya dan ditempatkan Ayah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Norman tidak berkongsi punca pemergian ayahnya itu.

Atiqah Johari