Categories: SelebritiTrending

Bapa Safawi Rasid Meninggal Dunia

Pemain bola sepak tanah air, Safawa Rasid memaklumkan bapanya, Rasid Sulong telah pun meninggal dunia, pagi Jumaat.

Berita duka cita itu telah dikongsikan oleh Safawi menerusi sebuah hantaran di Instagram Story (Igs), pagi tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Safawi sempat meminta orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat bapanya.

Namun, pemain bola sepak itu tidak menyatakan sebarang punca kematian bapanya.

“Assalamualaikum, mohon sedekahkan al fatihah kepada Ayah saya yang telah pergi menemui Ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmatt.Al fatihah. (Rasid bin sulong ),” tulisnya.

Sementara itu, isterinya, Syifa Melvin sempat memuat naik foto bersama bapa mertuanya itu serta reda dengan pemergiannya.

“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah abah sehingga berjumpa di syurga nanti. Al-Fatihah,” katanya.

Fatin Nurain