“Suami Minta Pergi Banyak Kelas Nyanyian” – Mahu Karier Terus Berkembang, Nabila Razali Syukur Miliki Suami Yang Memahami

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengaku, sejak mendirikan rumah tangga pada 18 November lalu, suaminya Nik Iruwan Nik Izani merupakan antara individu yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.

Menurut Nabila, suaminya itu sangat memahami kesibukan jadualnya bergelar anak seni, sekaligus menjadi penyebab kenapa dia tidak merancang untuk menamatkan karier yang diceburi walaupun statusnya kini sudah berubah.

“Saya bersyukur dapat suami yang sangat memahami kerjaya, masa dan cara saya bekerja. Paling penting communicate.

“Suami juga tidak meletakkan time limit but he did mention kalau nak kerja, kerja betul-betul. Dan saya tidak mahu jadikan status ini sebagai satu alasan untuk saya tidak bekerja atau kurangkan pekerjaan.

“Rezeki datang dalam pelbagai cara, mungkin kurang berlakon tapi lebih menyanyi begitu juga sebaliknya. Kita tidak tahu. Dan, paling penting saya bersyukur dapat pasangan yang memahami,” katanya.

Nabila berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Single Terbaharu, Hanya Kamu dan kolaborasinya bersama jenama tudung Nada yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas lanjut mengenai kecaman yang diterima berhubung nyanyiannya, Nabila menegaskan, suaminya ada meminta untuk dia pergi banyak kelas nyanyian.

“Dia selalu cakap, kalau mahu menjadi penyanyi yang bagus, kena perbaiki diri sendiri.

“Dia juga ada nasihatkan untuk pergi banyak kelas nyanyian dan sentiasa bekerja keras. Itu yang dia tekankan,” jelasnya.

Pelantun lagu Peluang Kedua itu juga mendedahkan sehingga kini dia masih lagi menerima kecaman dalam kalangan netizen terhadap kualiti nyanyiannya.

ARTIKEL BERKAITAN:Hampir 2 Minggu Bergelar Isteri, Nabila Razali Janggal Dipanggil Puan – “Orang Bagitahu Baru Saya Sedar”

Salma Syahbuddin