Categories: SelebritiTrending

“Bersendirian Lebih Baik Berbanding Ada Dengan Orang Yang Salah!” – Nurul Shuhada

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri berkongsi sebuah kata nasihat mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), dia menyatakan bahawa lebih baik bersendirian berbanding ada dengan orang yang salah.

“A perfect example that being alone is better than being with the wrong person,” kongsinya.

Untuk rekod, Shuhada pernah berkahwin dengan Hafidz pada 30 April 2016 namun bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.

Namun begitu, selepas hampir enam bulan bercerai, Hafidz telah kahwin kali kedua dengan wanita yang didakwa orang ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini iaitu Athira Yuhada pada 16 Disember lalu.

Artikel Berkaitan: “Jika Diizinkan Aku Cintakan Seseorang Bernama Suami, Sentiasa Ingatkan Aku Jangan Ulangi Kesilapan Lama” – Nurul Shuhada

Artikel Berkaitan: Hafidz Roshdi Didakwa Bakal Berkahwin Sabtu Ini, Bekas Isteri Tidak Mahu Ambil Tahu – “Saya Seronok Dengan Kehidupan Sekarang…”

Artikel Berkaitan: “Bangkit, Gunakan Kudrat!” – Dedah Bekas Suami Beri Nafkah Anak RM100, Individu Pula Dakwa Nurul Shuhada Tak Bersyukur?

Atiqah Johari