Faye Kusairi Menangis! Terharu Nasi Ayam ‘Sold Out’ Cepat… Sempat Mohon Maaf Kepada Pelanggan

Pelakon Faye Kusairi mencuri perhatian apabila dia memuat naik sepotong video pendek memperlihatkan dirinya sedang menangis.

Menurutnya, dia berasa terharu apabila nasi ayamnya habis terjual dalam masa yang singkat meskipun ramai yang sudah membuat tempahan.

“Assalamualaikum semua. Harini saya sedih sangat sebab harini pun nasi ayam sold out awal.

“Saya minta maaf sebab tak dapat nak cater. Jadi saya minta maaf pada semua orang. Minta maaf sangat-sangat kalau ada yang kecewa. Lain kali saya akan buat lagi banyak untuk semua orang.

“Terima kasih sebab dah pre-order dari semalam. Saya akan cater semua orang okay. Saya minta maaf.

“Kami nangis sebab kami rasa serba salah sangat,”katanya.

Faye berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya sebentar tadi.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata pengikut Faye memberikan kata-kata semangat agar dia terus kuat dan tidak mudah berputus asa.

 

Terdahulu, Faye bersyukur apabila perniagaan yang dijalankan hampir seminggu itu secara kecil-kecilan di tepi jalan berdekatan klinik Idzham Bukit Antarabangsa.

Salma Syahbuddin