Nabila Razali Buat TikTok Bersama Suami, Peminat Komen: “Aku Lupa Dia Dah Kahwin”

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali tampil membuat content TikTok bersama suaminya, Nik Iruwan sekali gus meraih perhatian dalam kalangan peminatnya.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Nabila telah berkongsi video dirinya mengusik suaminya dengan menggunakan audio yang berpesan tentang cara yang betul untuk berbelanja.

“Haaaaaaa. Macam tu bang. Jangan disimpennn bang,” tulisnya di kapsyen.

Terhibur melihat gelagat spontannya mengusik suami, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

Namun, ada juga sesetengah peminatnya yang terlupa bahawa pelantun lagu Peluang Kedua itu telah berkahwin.

@nabila.razaliiHaaaaaaa. Mcm tu bang. Jgn disimpennn banggg 🤪♬ Punya Duit Beli Makan – syila musik

Terdahulu, Nabila dan Iruwan telah mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023.

Fatin Nurain