Categories: SelebritiTrending

Bersuara Isu Penceraian Puteri Sarah, Ustaz Ahmad Dusuki Minta Selamatkan Rumah Tangga… Netizen Pula Tak Setuju!

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki memuat naik sebuah hantaran yang berunsurkan nasihat kepada orang ramai di Instagramnya ekoran kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Puteri Sarah Liyana mengenai konflik rumah tangganya.

Menerusi hantarannya, dia berkongsi keratan artikel yang memaparkan kenyataan pelakon tersebut yang menyatakan bahawa dia berdoa supaya dia diceraikan.

Susulan itu, Ustaz Ahmad Dusuki menasihati supaya berusaha untuk menyelamatkan rumah tangganya daripada kehancuran.

“Berusahalah untuk kebaikan kemudian berdoalah kepada Allah, sebaiknya berusahalah menyelamatkan setiap ‘masjid’ yang dibina dari kehancuran.

“Kerana kehancuran ‘masjid’ itu memberi kejayaan kepada syaitan di atas setiap perancangan mereka, kita pula berusaha menyelamatkan binaan yang indah ini.

“Kepada setiap keluarga mukmin, jauhkan dari melayan gangguan syaitan dan emosi dalam membina keluarga mukmin ini. Allah akan membantu kita semua,” tulisnya.

Namun begitu, menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet mempertahankan kenyataan yang dikeluarkan Sarah dengan menyatakan bahawa Sarah telah cuba berjuang lama untuk rumah tangganya.

Atiqah Johari