Categories: SelebritiTrending

“Bismillah… Exciting Days Ahead” – Teruja Menunggu Hari Bahagia, Shila Amzah Kongsi ‘Checklist’ Majlis Kahwin

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah telah mengikat tali pertunangan bersama pempengaruh media sosial, Ubai MZ pada Mei lalu.

Terbaharu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Hamzah, 33, memuat naik sekeping foto yang memaparkan ‘checklist’ persiapan majlis perkahwinannya.

Menerusi perkongsian itu, Shila meluahkan rasa teruja untuk menunggu hari bahagianya bersama Ubai.

“Bismillah, exciting days ahead,” tulis Shila ringkas.

Melihat kepada senarai tersebut, majlis bakal berlangsung pada jam 9 pagi namun tempat tidak didedahkan.

Walaubagaimanapun, majlis perkahwinan mereka dipercayai bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Shila memuat naik hantaran yang menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ubai hingga ada yang menganggap hubungan mereka telah berakhir.

Artikel Berkaitan: Shila Amzah Beri ‘Hint’, Hubungan Dengan Ubai MZ Terlerai? -“Terima Kasih Untuk 5 Bulan Yang Begitu Indah”

Artikel Berkaitan: Tahniah! Shila Amzah & Ubai MZ Selamat Bertunang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sweetnya! Buat Surprise Lamar Shila Amzah, Ubai MZ Dilabel Lelaki Romantik

Atiqah Johari