Genap 8 Bulan Hidup Bersama, Najwa Latif Kongsi Video Akwa Ariffin Melamar Guna Lagu – “You Are The Best Husband”

Penyanyi, Najwa Latif mengakui lapan bulan melalui mahligai cinta bersama suaminya, Akwa Ariffin adalah hal yang terindah buat dirinya.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Najwa berkongsi sebuah video memaparkan momen disaat Akwa melamarnya menggunakan sebuah lagu hasil ciptaannya sendiri yang telah dirilis bertajuk Sudi.

Jelas Najwa, dia mengalami hari yang tidak indah ketika itu namun segalanya berubah menjadi indah ketika berjumpa suami tercintanya.

“I had the worst day and nangis macam orang gila jumpa Akwa masa ini and we were waiting for my family untuk dinner sama-sama, suddenly Akwa proposed guna lagu,” tulisnya berserta tanda pagar #masihnangistengok.

Sementara itu, pelantun lagu popular Cinta Muka Buku ini mengucapkan terima kasih kepada suaminya bersempena lapan bulan mereka melalui kehidupan sebagai suami isteri bersama.

“Thank you for working so hard untuk kita, making me laugh everyday and being the best husband. Semoga jodoh kita ada berdua di setiap chapter dalam hidup ini. Amin.

“Thank you for making me see that marriage is peaceful. Quite peaceful. Happy 8 months of not killing each other, hehe. Awak best, Akwa, best gila!,” akhirnya.

Video yang disunting di platform TikTok meraih pelbagai respons peminatnya yang meluahkan rasa teruja melihat pasangan sejoli ini.

Sebelum ini, Najwa menafikan dakwaan diirnya telah hamil anak pertama selepas tular sebuah video memaparkan keadaannya seperti berbadan dua.

ARTIKEL BERKAITAN: Najwa Latif Jawab Dakwaan Sudah Hamil, Mohon Peminat Doakan Yang Terbaik

Sekadar info, Najwa berkahwin dengan rakan duetnya, Akwa Ariffin pada 11 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Aqilah Paharuzi