“Memalukan! Guna Tiket Melawak Persenda Agama Sendiri” – Netizen Kritik Filem Mat Tudung Begins, Dakwa Matlamat Tak Halalkan Cara

Filem komedi arahan Datuk Fizz Fairuz, Mat Tudung Begins bakal menemui penonton pada Ogos depan selepas lapan tahun sekuel pertama, Mat Tudung ditayangkan.

Namun disebalik keterujaan itu, ada sesetengah pihak yang berasa kurang senang dan tampil mengkritik karya Fizz Fairuz itu di media sosial.

Meninjau di ruang media sosial, terdapat netizen yang ‘judge’ atau menghakimi poster filem Mat Tudung Begins dengan mendakwa seolah-olah mempersendakan agama.

Hal ini berikutan, poster filem tersebut memaparkan tunjang utama iaitu Fizz Fairuz dan Achey tampil mengenakan pakaian wanita serta lengkap bertudung menyerupai wanita.

“Dah tahun 2023, masih ada lagi poster movie jahil yang mempersendakan agama.

“Tak kisah lah kau nak kata ‘jangan judge sebelum tengok’. Sebab memang aku judge kejahilan pengarah Fizz Fairuz melalui poster filem ini terus,” tulisnya di laman Twitter.

Ternyata ciapan tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial sehingga rata-rata turut mengkritik filem yang juga menampilkan Isyariana, Maryam DurianKimchi dan Mimi Peri itu.

Lebih panas, ada juga yang mendakwa matlamat filem tersebut tidak menghalakan cara kerana seolah-olah sengaja mencipta kontroversi dengan mengetengahkan unsur-unsur songsang.

ARTIKEL BERKAITAN: Mat Tudung Begins, Filem Pertama Arahan Fizz Fairuz

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Haramkan Sebelum Tahu Cerita Sebenar” –

Khairil Khusyairi