Syed Saddiq Main Filter TikTok… Yakin Kekal Handsome Bila Tua, Warganet Pula Samakan Dengan Wajah Tun Mahathir

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya bermain filter di TikTok.

Menerusi sebuah perkongsian di platform tersebut, Syed Saddiq tampil membuat perbandingan wajahnya ketika muda dan tua.

Lebih mencuri perhatian, ahli parlimen tersebut juga yakin bahawa dirinya kekal tanpan biarpun sudah berusia nanti.

”Sekarang kita muda, dan sekarang kita tua. It looks real man. Tetap handsome, muda dan tua,” katanya.

@syedsaddiqMasih handsome. 😇

♬ original sound – Syed Saddiq

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji ketampanan wajah ahli parlimen itu.

Malah, ada juga yang menyatakan wajahnya mempunyai iras bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Fatin Nurain