Categories: SelebritiTrending

“Boleh Jadi Cuai Time Sakit” – Pertama Kali Gagal Subjek Statistik, Julia Farhana Kesal Tersalah Hantar ‘Assignment’!

Pelakon Julia Farhana Marin yang kini sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda berkongsi kekesalan apabila pertama kali gagal subjek kegemarannya.

Perkongsian yang dibuat menerusi hantaran Instagram Storiesnya (IGS), dia menyatakan gagal dalam subjek statistik kerana tersalah hantar tugasan.

“For the first time EVER. I failed a subject because I salah submit assignment 😭 Masa dapat results I macam IMPOSSIBLE! Statistics is my fav subject, IMPOSSIBLE!” tulisnya.

Julia juga memberitahu kecuaian yang berlaku tersebut disebabkan dia berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang pulih daripada Influenza.

“I remember vividly, I tengah recover from Influenza and I salah hantar assignment and cannot appeal.

“Pergi office today – remarks said student SALAH HANTAR FILE. Pengsan.

“Well, GPA dropped a little bit but since I have never failed, I will be able to catch up 🥺 I will never trust myself time sakit ever again. I akan minta orang lain tolong submit. My fault. What a way to learn a lesson. Please la time sakit jangan buat benda penting,” katanya.

Walaubagaimanapun, pelakon drama Geng Daddy Daddy ini reda dengan insiden yang terjadi sebaliknya mengambil sebagai iktibar.

“Goes to show how important health is. Before exam and assignment doa la banyak-banyak dijauhkan dari segala penyakit. Boleh jadi paling cuai time sakit,” ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Takkan La Kat Luar Bertudung, Berlakon Buka Pula?” – Disangka Wanna Ali, Julia Farhana Kongsi Momen Pemandu Grab Tersalah Orang

Artikel Berkaitan: Julia Farhana Menangis Sukar Kekal Berhijab, Suami Pesan Jangan ‘Patah Balik’ – “Harus Ubah Seluruh Gaya Hidup…”

Artikel Berkaitan: Makhluk Lain Pun Perlukan Kasih Sayang” – Julia Farhana Nafi Bela Anjing?

Atiqah Johari