Categories: SelebritiTrending

“Dah Berapa Malam Asyik Mimpi Awak Je” – Kongsi Foto, Fizi Ali Beri ‘Hint’ Dihalang Bertemu Anak?

Penyampai radio Hot FM, Fizi Ali meluahkan rasa rindu terhadap anak perempuannya, Nurul Ameena Sofia sehingga terbawa mimpi.

Menerusi hantarannya di Instagram, Fizi berkongsi bahawa dia amat merindukan anaknya itu dan memberi bayangan seperti sudah lama dihalang untuk berjumpa.

“Dah beberapa malam kitaorang asyik mimpi pasal awak je… ya maybe rindu yang teramat sangat… daddy tau awak pun rasa yang sama,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fizi turut meminta orang ramai untuk mendoakan supaya urusannya untuk bertemu semula dengan Ameena dipermudahkan.

“Takpe hari Jumaat ni kita mintak sahabat-sahabat kita doakan supaya urusan kita dipermudahkan.

“InsyaAllah sikit je lagi kita akan jumpa balik,” luahnya sambil meletakkan lagu berjudul Jangan Menyerah nyanyian kumpulan D’Masiv.

Namun begitu, selepas beberapa minit hantaran itu dibuat Fizi bertindak menutup ruangan komen.

Untuk rekod, Fizi pernah berkahwin dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 namun bercerai pada Disember 2021.

Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun.

Kemudian, Fizi telah berkahwin kali kedua dengan isteri baharunya, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: Mahu Hak Sebagai Bapa, Netizen Pula Minta Fizi Ali Layan Anak Tiri & Buat Anak Baru… Ini Reaksi Tuan Badan

Artikel Berkaitan: Dikritik ‘Terpaling Tersakiti’, Individu Bandingkan Fizi Ali Dengan Sharnaaz Ahmad Jaga Hubungan Bersama Bekas Isteri… Ini Respons Tuan Badan – “Tak Sama..”

Artikel Berkaitan: Warganet Pertahan Shakilla Khoriri, Dakwa Fizi Ali Play Victim & Acah Tersakiti?

Artikel Berkaitan: Label Isteri Kekasih Awal & Akhir, Netizen Tuduh Tak Jaga Hati Shakilla Khoriri… Ini Penjelasan Fizi Ali

Atiqah Johari