Amylea Dedah Masih Terima Kritikan Soal Rupa Paras – “Rambut Pun Jadi Isu… Ada Yang Puji, Ada Yang Cakap Macam Hantu”

Penyanyi dan komposer, Amylea Azizan mendedahkan dirinya masih menerima kritikan soal rupa paras.

Bercakap kepada XTRA, pemilik nama Amylea Azizan, 37, ini berkata, pelbagai kritikan yang diterimanya sejak awal pembabitannya dalam industri seni tanah air.

“Setiap orang pasti ada sesutau yang membuatkan dirinya berasa trauma. Tak kisahlah kecaman mengenai bakat ataupun rupa paras.

“Sehingga hari ini saya masih menerima kecaman, daripada tahun 2005 lagi sebenarnya. Ada pula yang komen secara terbuka kepada saya seperti ‘Amylea, awak sangat berbakat, apa kata awak buat pembedahan wajah untuk diterima ramai’.

“Ada juga yang membuat pujian tetapi mengecam dalam masa sama seperti ‘Sayang awak ada bakat tetapi Malaysia tidak boleh hargai jika tiada rupa’.

“Rambut juga jadi isu, ada sesetengah puji dan ada juga yang cakap ‘Aku ingatkan tadi hantu’.

“Saya juga tak tahu nak beri reaksi bagaimana, kita tak tahu apa maksud sebenar mereka, jadi saya agak terkilan dan agak pedih” ujarnya.

Amylea ditemui pada pelancaran koleksi FiziWoo Bridal RTW 2024 oleh jenama fesyen terkenal tanah air, FiziWoo.

Ujar pelantun lagu Kendati ini lagi, dia akui perkara tersebut banyak menganggu emosinya hingga timbul rasa mahu putus asa dan kemurungan.

“Tipulah kalau ia tak mengganggu emosi saya dan menyakitkan hati. Saya menangis berkali-kali dan pernah juga nak saman orang sebab bukan sekadar kecam tetapi fitnah.

“Sudah tentu perkara begitu buat saya rasa ‘down’ tetapi apa yang kita hadapi kita kena percaya bahawa ada ganjaran yang baik kelak.

“Asalkan kita tidak menambah lagi dosa kita hanya kerana mahu kita nak puaskan hati semua orang. Saya banyakkan bersabar tetapi ia buat saya kemurungan.

“Kita manusia biasa, ada kalanya ada rasa mahu putus asa tetapi syukur ada orang sekeliling yang beri sokongan,” tutupnya positif.

Untuk info, Amylea selamat bergelar isteri kepada pegawai bomba Singapura, Mohammad Aqbar Mohamad, 40, dengan sekali lafaz pada November lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Gara-Gara Hidup Solo & Tidak Ada Boyfriend, Amylea Azizan Pernah Dianggap Songsang… Kini Bahagia Bercinta Selepas Menikah

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Amylea Azizan Sah Bergelar Isteri Anggota Bomba Dari Singapura

Khairil Khusyairi