Categories: SelebritiTrending

Dedah Turut Disekat Nad Zainal, Elvina Mohamad ‘Annoying’ Dengan Iqbal – “Diam Je Boleh Tak?!”

Pelakon cantik Datin Elvina Mohamad mengakui berasa jengkel dengan usahawan Iqbal Zulkefli kerana sering mencelah dalam sesuatu isu.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Elvina memuat naik keratan artikel mengenai isu Nad Zainal dan Iqbal menyatakan bahawa akaun Instagramnya turut disekat oleh aktres itu.

Gara-gara kenyataannya itu, Elvina melabelkan Iqbal sebagai seorang yang laparkan perhatian.

“Makin annoyed pulak aku dengan si Iqbal ni. Semua benda kau nak mencelah. Duk diam je boleh tak?! Lapar attention betul!! #iklanjap.

“Sejenis tak boleh kalau attention tu beralih pada orang lain. Dia pun nak ada dalam cerita tu walaupun takda kena mengena. Rengsekk!,” tulisnya.

Tidak berdiam diri, Iqbal mempertahankan dirinya dengan menjelaskan bahawa dia terkejut disekat oleh Nad Zainal walaupun tidak pernah bertegur sapa.

“Maafkan saya sis. Ini berlaku tiba-tiba saya tidak pernah tegur dia, tak pernah kenal di luar tiba-tiba saja kena block. Saya sebolehnya mahu berbaik dengan semua orang kan. Jadi tertanya saja,” kata Iqbal.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Dilanda Kontroversi, Ungku Ismail Tampil Titip Nasihat – “Untukmu Yang Jadi Korban Para Penggosip”

Artikel Berkaitan: Tak Kenal Siapa Nad Zainal, Nabila Huda Kenalkan Rakan-Rakan Artis Yang Dikenali.. Siap Boleh Describe!

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Artikel Berkaitan: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Atiqah Johari