Ditegur Pakai Rantai & Gelang, Zainal Abidin Tak Peduli Dikecam – “Kalau Panjang Umur Saya Berubah…”

Penyanyi Datuk Zainal Abidin tidak peduli dengan sebarang kritikan dan teguran oleh netizen berhubung isu pemakaian rantai dan gelang.

Memetik laporan mStar, dia berkata kritikan itu tidak memberi sebarang kesan negatif buat darinya sebaliknya meminta netizen mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

“Ada yang berkata pak cik tua dengan berantai dan gelang tapi masih nak nyanyi lagi, insyaAllah terima kasih kalau panjang umur saya berubah.

“This is netizen and its a free world, anyone can says anything. It’s how you take it.

“Tapi kesian pada artis darah muda yang mungkin tak boleh terima teguran akan balas balik dan keadaan akan jadi lebih keruh,” katanya.

Menurutnya, segelintir netizen berani melemparkan kata-kata tidak baik sehingga menjatuhkan maruah seseorang mahupun orang kenamaan.

Malah, dia menasihati untuk mengawal nafsu daripada meluahkan masalah peribadi di media sosial bagi mengelakkan daripada dikecam netizen.

“Berani sampai ke tahap menjatuhkan maruah Yang Dipertuan Agong, menjatuhkan maruah pemimpin-pemimpin kita kerana masih muda dan tidak tahu garis panduan yang harus diikuti.

“So, kadang-kadang kena bagi pengajaran, banyak bersabar dan jangan ikut nafsu. Contohnya, bergaduh dengan kawan masuk dalam Facebook, ramai orang baca yang malunya you and family you. Don’t be stupid,” ujarnya.

Maya Basir