Categories: SelebritiTrending

Didakwa Gila Glamor! Artis Wanita Dijemput Sebagai Tetamu Tapi Minta PA Buat Kejutan ‘Birthday’ Di Majlis Orang?

Baru-baru ini, muncul sebuah gosip yang mendakwa seorang selebriti wanita yang dikenali ramai dilihat semakin gila glamor.

Memetik laporan Utusan Malaysia, isu ini menjadi bualan hangat apabila dia dijemput ke sebuah acara hiburan sebagai tetamu.

Namun, dia didakwa tidak mempunyai ‘common sense’ apabila bertindak menyuruh pembantu peribadinya untuk membuat kejutan hari lahirnya pada acara tersebut.

Disebabkan sikapnya itu, dia juga didakwa sengaja mahu mencuri perhatian dan menginginkan tumpuan daripada orang ramai serta ingin ‘overshadow’ artis lain pada acara sama.

Malah, selebriti wanita yang sedia popular dan ligat menyertai pelbagai program hiburan itu dianggap tidak matang dengan usianya yang kian meningkat.

Walaubagaimanapun, sumber menyatakan pembantu peribadi artis wanita itu tidak sempat untuk membelikan kek buatnya semata untuk beri kejutan hari lahir padanya di majlis orang lain.

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari