Categories: SelebritiTrending

“Tak Semua Perkahwinan Berakhir Sebab Salah Satu Pihak Jahat!” – Nadia Annuar Kesal Dituduh Diri Bermasalah Punca Bercerai Kali Ke-2

Umum mengetahui rumah tangga bekas personaliti tv, Nadia Annuar telah menemui noktah selepas berkahwin selama lapan tahun bersama suaminya, Hafiz Salleh.

Susulan mengakui dirinya kini berstatus ‘single’, timbul pula pelbagai spekulasi terhadap dirinya.

Terbaru, Nadia dituduh dirinya yang bermasalah menjadi punca kepada penceraian rumah tangga selepas berkahwin dua kali.

“Ex husband dua-dua macam ‘family man’ lelaki yang baik. Obviously dia (Nadia) ni lah yang problem. Sorry not sorry,” tulis individu itu.

Kesal dilabel sebegitu, Nadia yang juga anak kepada usahawan produk kecantikan, Kak Ton ini tampil mempertahankan diri.

“Orang-orang macam ni lah yang I tak faham kenapa masih wujud? And followers I tau… FYI not all marriage ends because salah satu pihak jahat.

“And please describe based on apa you buat assumptions tu? Looks? Posting? Or you know us personally? Adakah semua pembunuh nampak muka orang jahat? Memang buat dosa keringlah dia ni,” katanya.

Oleh itu, Nadia menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas suami masih baik dan saling mengikuti akaun media sosial masing-masing.

Malah, dia juga menjelaskan bahawa bekas suaminya adalah ayah yang hebat untuk anaknya dan mereka berkongsi hak penjagaan.

“FYI; me and my ex is in good terms. We still follow each other on IG and tak bermusuh. He is an amazing dad to our daughter & its a shared custody ok!” jelasnya.

Terdahulu, nama Nadia menjadi bualan hangat apabila mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung ketika meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-39 tahun.

Untuk rekod, Nadia pernah berkahwin dengan Sulaiman @ Mohd Helmi Mohd Ilyasdi namun bercerai pada Oktober 2010 sebelum berkahwin dengan bekas suami keduanya ini.

Artikel Berkaitan: “Salah Ke Saya Jaga Aib Rumah Tangga?” – Nadia Annuar Kesal Ramai Pihak Tak Henti Jaja Cerita & Buat Andaian Sendiri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Ya, Saya Single! Tapi Tak Available” – Nadia Annuar Sah Bercerai Kali Kedua

Artikel Berkaitan: Nadia Annuar Kini Selesa ‘Free Hair’

Atiqah Johari