Categories: SelebritiTrending

Dituduh Jadi Punca Emma Maembong Buka Hijab, Natasha Elyzza Kecewa Difitnah – “Tak Sangka Orang Anggap Sampai Macam Ni”

Pelakon Natasha Elyzza mengakui sedih apabila dituduh menjadi punca kepada pelakon Emma Maembong kembali tidak berhijab sejak beberapa tahun lepas.

Menerusi hantaran Natasha di InstaStory, dia memuat naik komen seorang warganet yang di ambil daripada sebuah video yang memaparkan dirinya berdiri di sebelah Emma.

Kata individu itu, dia tidak gemar dengan Natasha dan mendakwa dirinya menjadi penghasut kepada Emma serta memetik nama pelakon Fathia Latif.

“Saya tak berkenan dengan pelakon sebelah Emma tu… rasanya dia kuat hasut kot… dia kan kawan dengan Fathia Latif… korang jangan kawan dengan dia la.

“Habis dihasutnya suruh freehair & bersosial… maaf komen macam ni… ni atas dasar pendapat saya,” komen individu itu.

Susulan itu, Natasha menzahirkan rasa sedih dengan tuduhan individu itu malah tidak menyangka tanggapan orang sebegitu buruk terhadapnya.

Namun begitu, pelakon drama I Love You Mr Clown ini meminta individu itu untuk tidak membuat spekulasi sendiri.

“Not gonna lie, sedih sebenarnya baca comment ni. Tak sangka orang boleh anggap kita sampai macam ni.

“Kak, kalau tak tahu cerita betul, tolong jangan buat andaian sendiri. Jatuh fitnah namanya,” tulis Natasha.

Atiqah Johari