Categories: SelebritiTrending

Isu Jaja Cerita, Puteri Sarah Saman Bekas Menantu Kazar – “Kerana Mulut Badan Binasa”

Pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik surat yang memaparkan notis saman daripada pihak peguamnya di Instagram.

Meneliti hantaran berkenaan, Puteri Sarah telah menghantar notis saman kepada bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan kerana telah menjaja cerita tentangnya di media sosial.

“Alhamdulillah, good news from my lawyers. ‘Kerana mulut badan binasa’. Next? Love, PSL ❤️❤️❤️,” tulis Sarah ringkas sebagai kapsyen.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendedahkan bahawa pemilik akaun Instagram Wiwie Darvienda Mazweena masih bercakap buruk mengenainya walaupun pihaknya telah menarik saman.

Susulan itu, Puteri Sarah tekad untuk memfailkan semula saman ke atas bekas menantu Kazar itu.

Artikel Berkaitan: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Tetap Teruskan Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar – “Kalau Tak, Tak Akan Berhenti Menyalak”

Atiqah Johari