Categories: SelebritiTrending

Famili Duo 3: Nafi Wajah Berseri Sebab ‘Cucuk’, Haqiem Rusli Amal Vitamin C & Minum Air Kosong.. Isteri Yang Ajar!

Penyanyi Haqiem Rusli menyangkal dakwaan yang mengatakan wajahnya kelihatan berseri disebabkan ‘cucuk’.

Kongsinya, dia hanya mengamalkan suplemen kesihatan seperti vitamin C dan banyak meminum air kosong.

“Demi Allah tak ada cucuk-cucuk. Flawless ke? Ada la jerawat. Saya makan vitamin c dengan minum air kosong banyak. Cucuk-cucuk tak ada. Itu adalah fitnah,” jawabnya.

Tambahnya lagi, isterinya, Anis Sofea yang menyaran untuk mengambil suplemen tersebut bagi penjagaan kulit wajahnya.

“Sofea (isteri) yang ajar saya. Vitamin dia banyak,” kongsinya ringkas ketika ditemui selepas konsert Famili Duo 3.

Untuk makluman, konsert Famili Duo 3 berbaki lagi dua episod sebelum mengetahui siapa yang bakal merangkul gelaran juara.

Pada minggu ketujuh ini mereka akan membuat persembahan bertemakan Hip Hop/ Dance.

Selain Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, program ini turut disertai oleh duo Ryan dan Adam, Shila dan Syahir, Syaiful dan Sharif, Adira dan Emma, Tom dan Fuad.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo setiap hari Ahad , jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di platform Tonton.

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Sekali Lagi Ungguli Minggu Keempat Dengan 62.5%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Kembali Rampas Kedudukan Pertama, Haqiem Rusli & Ariff Bahran Enggan Terlalu Selesa

Artikel Berkaitan: Juri Lebih Suka Haqiem Rusli Di Pentas Famili Duo, Ariff Bahran Tak Terasa? – “Terpulanglah…”

Artikel Berkaitan: Family Duo: Haqiem Rusli & Ariff Bahran Ungguli Minggu Kedua Dengan 60.9%, Ini Kedudukan & Markah Penuh Peserta!

Atiqah Johari