Categories: SelebritiTrending

“I Found My Smile Again” – Kongsi Foto Dengan Suami, Netizen ‘Merentan’ Dengan Kapsyen Bunga Citra Lestari

Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari memuat naik sekeping foto bersama suami baharunya, Tiko Aryawardhana mencuri perhatian ramai.

Menerusi hantarannya di Instagram, Bunga berkongsi foto mesra sambil berpegangan tangan dengan kapsyen ringkas namun seolah meluahkan isi hatinya.

“I found my smile again ❤️,” tulisnya.

Namun begitu, kapsyen selebriti itu dilihat tidak disenangi oleh segelintir warganet dan masih membandingkan Tiko dan arwah suaminya, pelakon Ashraf Sinclair.

Walaubagaimanapun, ramai warganet yang mempertahankan Bunga dengan menyatakan dia juga layak untuk mendapat kebahagiaan selepas dua tahun kehilangan suami.

Untuk rekod, Bunga pernah berkahwin dengan Ashraf pada 2008.

Namun, Ashraf telah meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair, 12.

Artikel Berkaitan: “Biarkan Mereka Menghakimi…” – BCL Pertahan Suami, Harap Tiko Terus Jadi Baik

Artikel Berkaitan: “She Is My Daughter” – Anggap BCL Seperti Anak Kandung, Kasih Sayang Ibu Ashraf Sinclair Dipuji Persis Ibu Mentua Puteri Sarah

Artikel Berkaitan: Tiko Pilihan Hati Bunga Citra Lestari, Bakal Nikah 2 Disember Di Bali

Artikel Berkaitan: BCL Sah Bergelar Isteri Tiko Aryawardhana

Atiqah Johari