Categories: SelebritiTrending

Individu Tular Foto Bersama… Netizen Dakwa Mimi Lana, Syafiq Kyle Get Back? – “Mungkin Mereka Tak Putus Pun Sebenarnya”

Sebelum ini tular berita yang menyatakan pasangan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle secara tiba-tiba membatalkan majlis perkahwinan mereka disaat akhir.

Terbaharu, ada individu memuat naik foto kedua-dua pelakon itu yang dilihat berada di sebuah kedai makan bersama.

Susulan itu, status hubungan Mimi dan Syafiq menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

“Letih la, depa ni actually tak break kan.

“Maybe diorang tak breakup pun just tangguhkan perkahwinan je sebab masalah tak dapat dielakkan.

“Yay getback,” komen warganet.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila ada individu yang menyatakan bahawa mereka tidak pernah putus dan pemilik akaun tersebut meninggalkan tanda suka pada komen tersebut.

“Plot twist: diorang tak pernah break pun 🙂,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan tersebut mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang pada 11 Ogos lalu namun membatalkannya seminggu sebelum tarikh tersebut.

Artikel Berkaitan: Jodoh Tidak Kesampaian, Mimi Lana Kongsi Luahan Hati Putus Cinta – “Rasa Sakit Seakan Waktu Terhenti…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Enggan Ulas Lanjut Isu Tak Jadi Kahwin Dengan Mimi Lana, 8 Kali Syafiq Kyle Beri Jawapan Sama – “Sorry, Soalan Lain?”

Artikel Berkaitan: Bagi Mini Love, Mimi Lana Luah Rasa Bangga Pada Syafiq Kyle

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Di IG, Netizen Dakwa Syafiq Kyle Nampak Lebih ‘Happy’?

Atiqah Johari