Sweetnya! Alyah Kongsi Momen Buat Kejutan Untuk Tok Ram, Sempat Terima Pesanan Dari Suami Tercinta – “Kurangkanlah Belanja”

Penyanyi Datin Alyah tampil berkongsi momen dirinya membuat kejutan untuk suaminya, Datuk Ramli MS sempena ulangtahun kelahirannya sekaligus meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Alyah menerusi sebuah hantaran di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram kelihatan tersipu malu selepas menyedari Alyah merakam reaksinya ketika membuat kejutan.

“Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat selalu,” kata Alyah.

Lebih mencuit hati, Tok Ram juga sempat menitipkan pesanan kepada pelantun lagu Cinta Sahabiyah itu untuk kurang berbelanja.

“Kurang-kurangkanlah belanja,” katanya.

Terhibur melihat kemesraan pasangan itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan peminatnya di ruangan komen.

@alyah81official Selamat ulang tahun tokram Semoga sentiasa sihat dan berbahagia juga dirahmati dunia dan akhirat 🤲 #fyp #fypシ゚viral #alyahtokram ♬ Cinta Sahabiyah – Alyah

Fatin Nurain