Categories: SelebritiTrending

“Ini Versi Original” – Dituduh Masuk Campur Isu Rumah Tangga Anak, Netizen Samakan Ibu Aliff Aziz Dengan Watak ‘Halijah’

Umum mengetahui mengenai kemelut rumah tangga pasangan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dan Aliff Aziz hangat diperkatakan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Malah, ibu kepada Aliff Aziz, Siti Hafiza Basharahil juga dilihat lantang bersuara mengenai kontroversi yang melanda rumah tangga anaknya selain kerap memuat naik quote nasihat di Instagramnya.

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

Susulan itu, tindakan ibu Aliff tersebut menyebabkan ramai warganet mendakwa dirinya campur tangan dalam urusan rumah tangga anak menantunya dan dituduh membela anak lelakinya itu.

Malah, warganet turut menyamakan personaliti Hafiza seperti watak Halijah yang dilakonkan oleh Fazlina Ahmad Daud menerusi drama Rindu Kasih 2.

Halijah ialah sebuah watak antagonis yang memaparkan seorang ibu mentua yang suka untuk melaga-lagakan anak dan menantunya sendiri.

Untuk makluman, drama Rindu Kasih 2 merupakan sebuah siri drama televisyen yang disiarkan di TV3.

Rindu Kasih 2 telah ditayangkan bermula 13 Februari lalu menerusi Slot Samarinda yang bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis.

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Tak Mahu Cakap Perkara Negatif, Minta Doakan Yang Terbaik Untuk Anak

Artikel Berkaitan: “If Only People Know What We Know” – Muat Naik Quote Soal Aib, Risteena Kongsi Semula ‘Posting’ Lama Ibu Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: Anak Dah Balik Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah – “Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Atiqah Johari