Categories: SelebritiTrending

Isu Dihalang Berfoto Dengan Anak, Bekas Suami Fail Saman Fitnah… Kuna Tampil Bersuara – “Awal-Awal Jangan Jemput”

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan bekas suami kepada pelakon Kuna Muzani iaitu Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar memfailkan saman terhadap bekas iparnya atas dakwaan tidak membenarkan Kuna bergambar pada majlis perkahwinan anaknya kerana berstatus janda.

Susulan itu, Kuna atau nama sebenarnya Tengku Sarina Tengku Mohd Muzani tampil bersuara dan mempertahankan kedua adiknya, pelakon Kuza dan Kunie.

Menerusi perkongsiannya di Instagram pada Jumaat lalu, Kuna berdoa agar mereka diberi kekuatan untuk menyatakan fakta sebenar ketika di mahkamah.

“MasyaAllah… semoga Allah SWT memberikan kami kekuatan untuk menitipkan fakta yang sebenar di mahkamah nanti.

“Hanya Allah yang tahu disebalik segala cerita ni,” ujarnya.

Malah, Kuna meluahkan rasa kesalnya kerana diperlakukan sebegitu sedangkan dia adalah ibu kandung anaknya.

“Yang pasti, aku adalah ibu kepada si anak… tanpa aku dia tak aka nada di dunia ini.

“Sekiranya redha dan restu aku tak diperlukan, awal-awal lagi jangan jemput aku,” luah Kuna.

Terdahulu, pelakon Kuza dan Kunie meluahkan rasa berang apabila kakak mereka, Kuna diperlekeh malah tidak dibenarkan bergambar dengan anaknya bersama VVIP ketika majlis perkahwinan anak kandungnya kerana berstatus janda.

Artikel Berkaitan: “Malu Ke Dengan Mak?” – Sebab Berstatus Janda, Kuna Dihalang Berfoto Bersama VVIP Ketika Majlis Perkahwinan Anak?

Atiqah Johari