Diserang Virus, Anak Bongsu Aliff Syukri Sudah Keluar Hospital Selepas 12 Hari

sUsahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan rindu kepada anak bongsunya, Luqman Al Haqeem selepas 12 hari dimasukkan ke hospital.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, Aliff dan anak-anaknya yang lain dilihat sedang menyambut kedatangan isterinya, Datin Seri Shahida dan anak bongsunya, Luqman sambil mencium dahi anaknya itu.

“Alhamdulillah. Syukur setelah hampir 2 minggu anak saya berada di hospital, hari ni doktor sah bagi balik. Rindu nak kumpul semula, anak-anak pun dah rindu adik mereka. Terima kasi kepada semua yang tak putus-putus mendoakan kesihatan anak saya. Semoga Allah membalas kebaikan anda,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Aliff juga memberitahu bahawa sukar untuknya menjalankan perniagaan seperti biasa kerana bimbang akan kesihatan anaknya di hospital.

“Syukur alhamdulillah setelah 12 hari Luqman di hospital akhirnya dia dah sembuh.

“Susah hati sebenarnya dan sukar untuk saya fokus pada bisnes bila memikirkan anak sakit.

“Happy sangat kami sekeluarga. Terima kasih pada doctor dan doa kalian semua untuk luqman,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan kesyukuran di atas kesihatan Luqman yang sudah sembuh.

“Alhamdulillah syukur baby sudah sihat. Semoga Luqman dikurniakan kesihatan yang baik selalu,” ujar netizen.

Nurul Hana