Categories: SelebritiTrending

Isu Tiada Hak Tegur Pakaian Seksi, Yonnyboii Perjelas Hantaran Isteri – “Dia Sekadar ‘Repost’ Video Orang Lain”

Sebelum ini, isteri kepada penyanyi dan komposer Yonnyboii iaitu Nik Nazira memuat naik sebuah hantaran yang menyatakan untuk tidak sibuk mengenai pemakaiannya itu mendapat kritikan warganet.

Artikel Berkaitan: Pakai Baju Seksi, Isteri Yonnyboii Minta Netizen Jangan ‘Sibuk’ – “Anda Tiada Hak! Selagi Mak & Suami Benarkan Kenapa Tidak?”

Susulan itu, Yonnyboii tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mengelakkan salah faham yang berpanjangan.

Memetik laporan Harian Metro, Yonny memaklumkan bahawa kapsyen tersebut bukanlah ditulis oleh isterinya sebaliknya hanya ‘repost’ semula sebuah perkongsian individu lain yang diambil di aplikasi TikTok.

Malah, pelantun lagu Sengkek ini turut mendedahkan bahawa tindakan isterinya itu turut ditegur oleh ibu mentuanya.

“Ramai yang salah faham dengan hantaran yang dimuat naik isteri saya. Sebenarnya dia hanya repost perkongsian dari TikTok dan video itu bukan kepunyaan dia pun tetapi video orang lain.

“Ibu dia pun menegur kenapa muat naik hantaran sebegitu dan isteri saya jelaskan dia tidak melakukannya sebaliknya hanya berkongsi semula hantaran itu.

“Saya yakin isteri saya pun tak sedar perkara itu akan membuatkan ramai yang terasa hati, tapi niatnya sekadar berkongsi semula dan perkataan yang ditulis pun bukan daripadanya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Oleh itu, Yonny memberitahu bahawa dia telah menasihatinya untuk lebih berhati-hati sebelum berkongsi apa-apa hantaran di media sosial.

“Mahu atau tidak dia kena menerima hakikat yang dia juga sudah mula menjadi perhatian kerana status saya sebagai selebriti.

“Jadi saya sudah ingatkan kepadanya untuk lebih berhati-hati dalam setiap perkongsian. Orang luar akan sentiasa perhati dan serang pada bila-bila masa saja.

“Pada awalnya dia agak bingung apabila hantaran itu menjadi isu besar tapi sekarang dia lebih sensitif dan mula berhati-hati,” ujarnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari