Categories: Selebriti

JODOH TAK PANJANG, SUFIAN-ELFIRA PUTUS TUNANG

“Sudah tertulis jodoh mereka tidak panjang. Insya-Allah dalam masa terdekat, bapa Elfira akan menemui keluarga Sufian untuk menyelesaikan urusan itu mengikut adat,” demikian komen ibu pelakon berusia 24 tahun, Filzah Yusoff mengenai status pertunangan anaknya.

Dengan itu, terjawab sudah persoalan ‘panas’ sepanjang minggu lalu mengenai spekulasi status hubungan Elfira Loy dan Sufian Suhaimi yang dikatakan berantakan.

Sebagai ibu, Filzah berharap anak gadisnya bertemu dengan lelaki dengan lelaki yang jujur, beriman dan tahu menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.

“ Ini kerana rezeki tidak datang bergolek jika tidak berusaha,” katanya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri.

Tambah beliau menerusi BH Online, manusia hanya mampu merancang, tetapi Allah menentukan segala-galanya.

“ Setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anaknya, termasuk dalam hal membabitkan jodoh,” akhirinya ringkas.

Elfira dan Sufian bertunang pada 6 Oktober tahun lalu namun spekulasi status pertunangan pasangan itu mula menjadi bualan netizen sejak Disember lalu apabila mereka tidak lagi memuat naik gambar bersama di laman sosial.

Terdahulu, Elfira dalam satu catatan yang dimuat naik menerusi Instagramnya semalam, memohon peminat supaya bersikap positif dan mendoakan yang terbaik. Sabar ya Elfira, kami di Xtra.com doakan awak bertemu dengan jodoh yang terbaik selepas ini…

 

SGMS Faida