Categories: Fab Foodies!LIFESTYLE

MAKAN BUAH DAH BOLEH CANTIK, BIAR ‘BETIK’

Boleh dikatakan buah betik mengandungi hampir semua zat makanan yang diperlukan bagi kesihatan tubuh kita. Bukan itu saja, betik boleh mencantikkan kulit wajah dan rambut. Antara buah yang enak, boleh dibeli dengan harga ‘mampu milik’ dan mudah didapati, pengambilan betik adalah sangat digalakkan! Kami akan kongsikan beberapa kebaikan buah betik…

1) Buah betik mampu menghilangkan jerawat. Caranya mudah sahaja, kisar betik yang sedang ranum sehingga halus. Kemudian sapukan pada bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Lakukan 3 kali seminggu untuk mendapatkan hasilnya.

2) Kajian menunjukkan, racun boleh terkumpul sehingga seberat 8 kilogram dalam usus kita. Ekstrak biji betik mampu melindungi buah pinggang daripada racun yang menjadi masalah buah pinggang gagal berfungsi. Biji betik juga mampu membunuh parasit dalam sistem pencernaan.

3) Pelembap yang efektif! Buah betik sangat bagus untuk melembabkan kulit.Kisar buah betik masak ini sehingga halus dan campurkan dengan madu, gunakan sebagai masker muka atau tubuh. Biarkan selama 30 minit dan kulit anda pasti menjadi lebih lembab, lembut dan bercahaya.

4) Buah betik membantu dalam melawan radikal bebas dalam tubuh yang mencegah terjadinya penuaan semulajadi,kedutan dan masalah kulit yang lain. Ambil sepotong buah betik masak, hancurkan dan urut lembut pada wajah. Biarkan selama 20 minit dan kemudian bilaslah dengan air bersih. Segar ok! 

5) Jadikan buah betik masak ini sebagai perapi rambut. Caranya mudah sahaja, campurkan betik masak yang sudah dikisar dengan minyak almond, yogurt dan madu. Setelah sebati, sapukan pada bahagian rambut anda. Biarkan selama sejam dan kemudian barulah dibilas dengan air bersih.

6) Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu di bahagian tumit yang pecah. Selamat mencuba!

 

SGMS Faida