Categories: Fab Foodies!

Rasai Kelazatan Juadah Enak Baba Nyonya Di Tengah Kota Kuala Lumpur

Ingin jalan-jalan cari makan dan mencuba sesuatu yang enak? Ha, untuk anda yang inginkan hidangan lazat ala Baba Nyonya, jangan lupa singgah ke Hotel Santa Grand Signature Kuala Lumpur.

Terletak di tengah ibu kota Kuala Lumpur, hotel yang baru beroperasi selama setahun ini berkonsep unik dengan dekorasi bertema Baba Nyonya.

Bukan sahaja dekorasi menarik, mereka turut menyediakan juadah lazat seperti laksa peranakan, asam laksa, mi kari laksa dan aneka kuih muih seperti kuih udang, buah Melaka, kuih koci, kuih lapis, serta buah-buahan.

Memperkenalkan Menu Tradisi Peranakan Baba Nyonya, menu promosi boleh didapati di ketiga-tiga restoran; Kopi Bar, Kapitan Café dan Sky Lounge dari 1 Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Antara menu paling menarik ialah Laksa Peranakan iaitu gabungan lemak dan masam pedas serta menggunakan kuah lemak kuning dengan isi ikan yang banyak untuk rasa yang lebih enak.

Pengunjung boleh singgah ke Santa Grand Signature Kuala Lumpur untuk merasai resipi asli Nyonya yang dibawakan oleh Chef Tengku Abdul Hakim (Senior Sous Chef), Chef Nabilah Hanum (Chef De Partie) dan Chef Syafik (Demi Chef).

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi atau e-mel reservation@santagrandhotels.com.my.

Padin