“Kalau Dia Pilih Lelaki Saya Tak Kisah, Saya Boleh Taja Majlis Sanding Dia!” – Didie Alias Kecewa, Enggan Jumpa Enot Dalam Masa Terdekat

Pelakon dan pelawak, Didie Alis tampil menjawab kenyataan Enot yang dimuat naik menerusi TikTok miliknya pada Isnin.

Menurut Didie, dia tidak berniat untuk membuka aib atau memburukkan Enot ketika sesi temu bual bersama Melodi baru-baru ini, sebaliknya ia adalah sekadar luahan hatinya untuk rakannya itu.

Katanya, dia tidak menyebut secara terang-terangan nama individu yang dimaksudkan dan meminta Enot untuk mendengar semula temu bual berkenaan.

“Sudah lama saya simpan apa yang saya rasa sebab selama ni ramai yang tanya tentang dia (Enot) dan saya pun tak tahu nak beri jawapan apa.

“Saya harap dia dengar semula temu bual tu dan fahamkan apa yang saya maksudkan.

“Kalau tonton semula temu bual tu saya tidak menyebut atau memburukkan dia dan sebagai seorang rakan saya hanya luahkan apa yang tersimpan dalam hati sebab dia pergi tanpa cakap apa-apa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Semoga Makian Anda Berbalik Pada Diri Sendiri, Kifarah Tu Wujud!” – 20 Tahun ‘Pendam’ Rasa, Enot Elak Buka Aib Rakan

ARTIKEL BERKAITAN:Dah Banyak Kali Nasihat, Didie Alias ‘Frust’ Rakan Baik Masih Pilih Jalan ‘Songsang’ – “Bahagia Dunia Saja, Esok Lusa Tak Tahu…”

Memetik laporan mStar, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini bersedia untuk mendengar segala penjelasan Enot termasuklah punca dia berjauh hati.

Bagaimanapun, aktres ini memilih untuk tidak berjumpa secara empat mata dengan rakannya itu dalama masa terdekat dek kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

“Buat masa sekarang saya tidak tahu sama ada mahu berjumpanya atau tidak kerana tidak mahu memburukkan keadaan.

“Saya rasa seperti seorang yang gagal apabila jadikan dia adik untuk dijaga.

“Saya tak tahu apa yang dia maksudkan, tak tahu aib apa yang dia simpan  tapi mungkin saya juga ada buat silap. Saya hanya mampu berdoa dari jauh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Didie juga kecewa apabila timbul dakwaan Enot kini sedang menjalinkan hubungan ‘songsang’ dengan seorang wanita apatah lagi secara terang-terangan mempamerkan kemesraan bersama ‘kekasih’nya itu di media sosial.

“Saya cuma kata kepada individu itu supaya jagalah Enot dengan baik.

“Saya tak mahu dengar cerita dia minta bantuan kewangan kerana sebelum ini dia sudah mulakan kehidupan baru.

“Kalau dia pilih lelaki saya tak kisah, saya boleh taja majlis perkahwinan kalau dia mahu kahwin, tapi dia adapilihan sendiri,”ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA menerusi hantaran terkini Enot di TikTok, pelakon itu juga kelihatan meluahkan perasaannya dan berterima kasih kepada individu yang memulakan isu kontroversi ini.

Tegasnya, dia masih tahu hukum agama dan tidak pernah berkahwin seperti yang didakwa.

“Terima kasih kerana membuat semua orang maki hamun aku tanpa tahu cerita sebenar.

“Atas nama mak aku, aku tak pernah keluarkan statement yang aku dah berkahwin. Aku masih tahu hukum agama.

“Yang maki hamun dan mainkan nama arwah mak aku, aku takkan maafkan kamu sampai bila-bila,”katanya.

 

Salma Syahbuddin