Categories: SelebritiTrending

“Kalau Nak Ajak Suami Kawan I Makan Di Rumah, Mesti I Ajak Kawan I Sekali” – Neera Azizi

Sejak kebelakangan ini, hangat diperkatakan mengenai pasangan pelakon yang ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah.

Malah, ramai yang menghentam pelakon tersebut apabila memberi kenyataan bahawa dia menjemput pelakon lelaki berstatus suami orang itu untuk makan malam bersama keluarga di rumahnya.

Susulan itu, pelakon Neera Azizi turut tampil memberi pendapat mengenai kontroversi tersebut.

Katanya, kalau dia ingin mengajak suami kawannya itu dia pasti akan menjemput kawannya bersama.

“Susah nak cakap dengan orang zaman sekarang ni. Kalau I nak ajak husband kawan I makan kat rumah, mesti I ajak kawan I sekali. Okay done membawang. Salam sahur!” tulisnya di InstaStory.

Artikel Berkaitan: Neera Azizi Tak Menyesal Tinggalkan Kerjaya Sebagai Pramugari

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Atiqah Johari