Categories: SelebritiTrending

“Saya Bukan Jenis Bina ‘Chemistry’ Nak Kena Lepak Atau Kenal Hati Budi Di Luar Set” – Wan Raja

Pelakon Wan Raja memaklumkan bahawa dia tidak ada masalah digandingkan bersama pelakon Fasha Sandha dan saling mengenali antara satu sama lain.

Malah, Wan Raja menegaskan bahawa gandingan tersebut tidak ada istilah sondol menyondol malah mereka telah mempunyai ‘chemistry’ dalam lakonan.

“Kami dah bekerjasama dalam tiga ke empat kali sebelum ini, jadi tak ada isu siapa sondol siapa atau sondol menyondol, tak ada. Kami dah ada ‘chemistry’ dan memang rapat.

“Isteri saya pun okay sahaja saya berlakon dengan Fasha, dia tak ada masalah. Sama juga dengan Aidil, kalau Fasha berlakon dengan saya pun, dia okay.

“Di luar set pun saya pernah berjumpa dengan Fasha dan Aidil… isteri saya pun ada sekali jadi kami dah memang saling mengenali,” ujar Wan Raja.

Namun begitu, suami kepada pelakon Yaya Maembong ini akan berkongsi dengan isterinya jika dia memerlukan untuk melakonkan babak romantik.

“Saya bukanlah kena minta kebenaran isteri dahulu. Saya juga tak memilih tapi bila baca skrip dan banyak babak romantik saya akan kongsi dengan isteri.

“Dengan orang lain yang saya tak pernah bekerja lagi tiba-tiba nak romantik, agak susah juga,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Raja berpendirian tegas menyatakan dia tidak memerlukan untuk mengenal hati budi mahupun keluar bersama pelakon wanita gandingan atas alasan untuk mencari keserasian ketika di luar set.

“Saya bukan jenis bina ‘chemistry’ di luar set, nak lepak-lepak atau nak kenal hati budi.

“Saya jenis straight to the point, semasa kerja apa yang perlu saya buat, saya akan buat,” jelasnya kepada XTRA ketika sidang media drama Malang Si Puteri yang diadakan secara atas talian pada Khamis.

Selain Wan Raja, drama ini turut dibintangi oleh pelakon Fasha Sandha, Raja Azura, Hafreez Adam dan Malek McCrone.

Atiqah Johari