Categories: SelebritiTrending

Kesal Lihat Anak Dibuli, Sharifah Sakinah Beri Amaran Terakhir Buat Netizen!

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila tular video anak kepada pelakon Sharifah Sakinah iaitu Anais Adha, 6, terkencing di atas sofa ketika sedang tidur di rumah Noor Nabila.

Ekoran itu, ada segelintir netizen meninggalkan komen yang berbentuk kritikan terhadap dirinya dan anak.

Namun, situasi tersebut telah diperjelaskan oleh kakaknya, Sharifah Shahirah.

Artikel Berkaitan: Netizen Kritik Anak Sakinah Terkencing Atas Sofa Nabila, Sharifah Shahirah Tampil Perjelas Situasi

Terbaharu, Sakinah pula tampil bersuara dan mempertahankan anaknya daripada dibuli oleh warganet.

Kata Sakinah, dia tidak kisah orang bercakap buruk mengenainya tapi bukan terhadap anaknya yang masih kecil itu.

Malah, dia meluahkan rasa kecewa apabila warganet bertindak berbuat sedemikian terhadap kanak-kanak dan menyifatkan tindakan itu sebagai buli.

“It’s fine if you guys want to talk bad or assumed the worst about me, but not towards a child.

“My priority has always been the well-being of my daughter and upholding her family’s reputation. It is disheartening to witness bullying directed towards a 6 yr old,” katanya.

Menerusi hantaran itu juga, Sakinah memberi amaran terakhir kepada mana-mana individu yang cuba menyakiti anaknya dan akan menfailkan saman.

“Consider this my final warning before i resort to legal measures to protect my loved ones.

“Lets foster a compassionate online environment where we lift each other up rather than tearing each other down,” pesannya lagi.

Atiqah Johari