Categories: SelebritiTrending

“Kita Ada Maruah, Tak Payah Nak Berlumba” – Puteri Sarah Titip Nasihat Buat Wanita Teraniaya

Isu mengenai ‘Abang Tesla’ masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet apabila dia mengeluarkan beberapa kenyataan yang membuat ramai pihak panas hati.

Tidak terkecuali pelakon cantik Puteri Sarah Liyana turut memberi pendapat dan nasihat kepada kaum wanita yang teraniaya.

Kata Sarah, wanita tidak perlu berlumba kerana masing-masing mempunyai maruah dan tidak perlu jadi bodoh untuk menunggu.

“Hangat pula isu ‘tesla’ ni. Ermmmm… tak suka angkat kaki goodbye. Wanita, jangan jadi bodoh nak tunggu.

“Kita ada maruah. Tak payah nak berlumba. Macam ikan lumba-lumba pulak,” tulisnya.

Tambahnya, wanita perlu menjadi bijak dan bermaruah serta pandai berdikari dengan tidak mengharapkan sesiapa.

“Work hard, cari duit sendiri, be independent, travel the world! Jadi WANITA yang bijak dan bermaruah.

“You do you. Jangan depends on anyone. U have your own say. Love yourself. Know your own worth,” nasihatnya lagi.

Artikel Berkaitan: “Dah Tarik Saman Masih Nak Menyalak!” – Puteri Sarah Dedah Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Masih Jaja Cerita

Artikel Berkaitan: Isu Puteri Sarah Masih ‘Diganggu’, Netizen Pula Bandingkan Dengan Abang Tesla

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Mohon Doakan Yang Terbaik Buat Puteri Sarah & Syamsul, Minta Jangan Layan Gangguan Keluarga Kazar

Atiqah Johari