Mengaku Sengaja Ceroboh Rumah Nabil Ahmad, Penganggur Didenda RM3,000

Seorang penganggur mengaku bersalah selepas menceroboh kediaman pelakon, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad dan didenda RM3,0000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Memetik laporan BH Online, tertuduh Fadzril Aqmal Abdul Anif, 31 telah mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Tertuduh melakukan pencerobohan itu pada jam 7.50 malam bertarikh 4 Januari 2022 yang di Kampung Senama Tengah, Rembau.

Tertuduh didakwa melakukan kesalah mengikut Seksyen 442 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Malah, Majistret memerintahkan tertuduh untuk dipenjarakan selama 10 bulan jika denda gagal dibayar.

Mengikut fakta kes, tertuduh masuk ke dalam rumah tersebut secara menolak pintu dengan kuat, selain makan, berehat dan tidur di dalam rumah itu.

Adik kepada Nabil Ahmad bergegas untuk memeriksa rumah tersebut selepas dimaklumkan rumah berkenaan diceroboh dan mendapati insiden itu adalah benar.

Berdasarkan pemeriksaan, sehelai t-shirt, tiga helai seluar track, sepasang kasut dan menemui kad pengenalan milik tertuduh di dalam poket seluar.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi dan tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sumber: BH Online

Atiqah Johari