“Banyak Content Creator Lelaki Masak, Kau Je Muka Tembok Lepastu Bebal” – Tiz Zaqyah Berang Masih Ada Lelaki Suruh Isteri Duduk Dapur Memasak

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah meluahkan rasa kesal terhadap segelintir lelaki yang masih mempunyai pemikiran bahawa isteri perlu berada di dapur untuk memasak.

Aktres drama popular Nur Kasih ini berkata perkara demikian menerusi ciapan yang dimuat naik di platform X (Twitter).

Jelas Tiz atau nama lengkapnya Siti Zaqyah Abdul Razak, pada ketika ini lebih banyak banyak content creator memasak merupakan seorang lelaki.

“Some males yang cakap bini kena kat dapur masak lol shame on you lah.

“Tengok content-content sekarang most cooking video lelaki macho-macho power masak.

“Kau je yang muka langgar tembok, lepastu bebal pula tu,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan balas, ciapannya itu meraih perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Malah, ada juga segelintir individu lelaki yang menyuarakan isi hati mereka mengakui lebih gemar untuk memasak dan memberikan isterinya masa untuk berehat.

Sebelum ini, Tiz pernah mengakui ada terdetik untuk ‘mencantikkan’ hidung dan membuang tahi lalat di mulutnya.

Artikel Berkaitan: Melukis Beri Pengajaran Erti Kesempurnaan, Tiz Zaqyah Akui Pernah Berhasrat Nak ‘Cantikkan’ Hidung & Buang Tahi Lalat

Artikel Berkaitan: “Setengah Orang Bila Travel Every Corner Nak Ambil Gambar Ke?” – Mood Killer! Tiz Zaqyah Luah Rasa Berang

Artikel Berkaitan: “Kami Memang Rapat Sejak…” – Tular Video Mesra Berpegangan Tangan & Berpelukan Dengan Tiz Zaqyah, Ini Respons Keith Foo!

Aqilah Paharuzi