Categories: SelebritiTrending

Kongsi Tentang Arwah Suami, Netizen Kagum Lihat Reaksi Wajah Ina Naim – “Dia Dah Reda… Tenang & Tabahnya!”

Umum mengetahui berita sedih mengenai pemergian bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad telah meninggal dunia pada malam Rabu.

Artikel Berkaitan: Bekas Anggota Kumpulan In-Team Suhaimi Saad Meninggal Dunia

Menerusi video temu bual wartawan yang dikongsi oleh Melodi TV3, isteri Allahyarham Suhaimi Saad iaitu penyanyi Ina Naim berkongsi mengenai keadaan kesihatan suaminya.

Malah, Ina juga mendedahkan bahawa Allahyarham Suhaimi pernah mengatakan untuk hidup sehingga umurnya 43 tahun sahaja.

Artikel Berkaitan: Tular Kembali Di TikTok Video Pesanan Terakhir Suhaimi Saad Minta Selalu Tunai Solat Berjemaah – “Hidup Sebagai Penyanyi Perlu Jaga Hubungan Dengan Allah, Keluarga…”

Namun, apa yang menarik perhatian ialah reaksi wajah Ina yang kelihatan tenang tanpa menitiskan air mata ketika ditemu bual dikagumi oleh warganet.

“Tenangnya dia.

“Tenang je wajah Ina Naim ni… dia dah redha suaminya pergi.

“Kuatnya… tabahnya awak sebagai isteri. Suamimu berjaya didik dunia dan akhirat awak dan anak-anak… Alhamdulillah,” komen warganet.

Atiqah Johari