“Diharamkan Syurga Dosa Awak Ni” – Isteri Shukri Yahaya Terima DM Melampau?

Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya iaitu Tya Adnan mendedahkan ada menerima mesej yang tidak baik daripada seorang individu.

Menerusi hantarannya di Instagram Story, individu tersebut kemudiannya memadam mesej yang dihantar seakan takut dengan tindakannya itu.

“Lah, delete dah? Sekejap sangat tu sent lepastu delete.

“Kau kalau nak buat jahat tapi takut-takut jangan buat dik. Bawak mengucap banyak-banyak dik,” ujarnya.

Namun, Tya tidak memberitahu kandungan mesej yang diterima itu.

Selain itu, dia turut memberitahu tidak dapat memaafkan tindakan melampau individu berkenaan sehingga dia memohon kemaafan daripadanya.

“Diharamkan syurga ya dosa awak ni. Akak takkan maafkan awak ya sampai awak DM akak semula,” tegasnya.

Untuk rekod, Tya dan Shukri mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Aaira Ameena, 7, dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 3 tahun.

Maya Basir