[VIDEO] Posing ‘Lentik’ Syafi Tee Shooting ‘Impak Maksima Underground’ Jadi Perhatian – “Lain Macam Pose Tu”

Perkongsian pelakon Syafi Tee menjadi tumpuan warga maya di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Syafi atau nama lengkapnya Mohd Syafi Mohd Ridhuan Tee memuat naik sebuah rakaman video yang memaparkan dia sedang menjalani penggambaran di litar.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah Syafi yang sedang membuat gaya di sisi kereta lumba tiba-tiba melentikkan badannya.

Ternyata aksi spontan tersebut mengejutkan ramai malah ada juga yang mengatakan ia mencuit hati.

“Bapak ku belikan kereta,” tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsia anak kepada pendakwah bebas terkenal, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah itu.

“Kemain lentik kau bang,” komen seeorang peminat.

“Ya Allah tolong betulkan dia balik,” tulis netizen lain.

“Lentik kau bukan main eh bang,” ujar peminat.

“Syafi behave Syafi,” kata seorang pengguna.

“Lain macam pose tu,” komen netizen lain.

Untuk info, Syafi Tee kini terlibat dalam filem ‘Impak Maksima Underground’ dan memegang watak sebagai Rudi.

Filem “Impak Maksima Underground” bakal mula ditayangkan mulai 15 November 2023 secara eksklusif di Tonton dengan aksi tanpa henti, filem yang intens dan perjalanan emosi yang mengujakan kepada para penonton.

“Impak Maksima Underground” membawa genre aksi ke tahap yang lebih tinggi berkisarkan perjalanan Rudy (Syafi Tee) dalam meneruskan misi berbahaya menerusi dunia perlumbaan bawah tanah yang gelap dan berbahaya.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton para pelakon berbakat, Syafi Tee, Ismail Izzani, Nia Atasha, Juzzthin, Yusof Hashim, Zul Huzaimy dan Cat Farish dalam “Impak Maksima Underground”.

Langgan Tonton hari ini dengan serendah RM9.90 dan saksikan sendiri “Impak Maksima Underground”. Muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store, atau layari www.tonton.com.my untuk pengalaman hiburan terbaik.

Ikuti perkembangan terkini Tonton di media sosial menggunakan tanda pagar #Tonton, dan #ImpakMaksimaUnderground. Untuk mendapatkan info terkini tentang rancangan kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, Tiktok dan Instagram Tonton iaitu @tontonmy.

Khairil Khusyairi