Categories: SelebritiTrending

“Mak Mak Jangan Bawa Main” – Kesal Ibu Dikritik, Syada Amzah Perjelas Kenyataan ‘Berharap Tak Jumpa Jodoh Bodoh’

Penyanyi Syada Amzah meluahkan rasa kesal apabila kenyataannya sebelum ini yang berharap ibunya berjumpa jodoh bukan bodoh dikritik.

Susulan itu, Syada Amzah tampil memperjelaskan bahawa dia berkata begitu kerana ingin menghiburkan hati ibunya yang baru lepas menangis.

“Tak jumpa jodoh ‘bodoh’ tu it’s a normal saying, and at that time i was trying to cheer her up sebab my mum baru lepas menangis, dia sebak people were giving sweet comments lifting her up,” katanya.

Namun, kata-katanya itu sebaliknya membuatkan segelintir warganet meninggalkan komen yang negatif terhadap ibunya.

“Maybe they just needed a clickbait faham je. Tapi orang sampai mengutuk mak i. I agak tak senang duduk. Nak kutuk i go ahead, bab mak mak ni jangan bawa main.

“Sebelum u comment something, fikir if your mum were in the same situation & orang cakap your mum macam tu, nauzubillahiminzalik,” luah Syada di Instagram Storiesnya.

Terdahulu, Datin Fauziah Sarman mengesahkan bahawa suaminya penyanyi Datuk ND Lala telah melafazkan cerai talak satu terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Sokong Ibu Kahwin Lagi, Fauziah Sarman Harap Tak Jumpa Jodoh ‘Bod*h’

Artikel Berkaitan: 35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

Atiqah Johari