[VIDEO] Sweet! Sharnaaz Ahmad Sambut Birthday Amelia Christie, Telatah Jebat Jayden Curi Perhatian

Pelakon, Sharnaaz Ahmad semakin terbuka berkongsi momen manis bersama kekasih hatinya, aktres baru Amelia Christie.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz memuat naik foto Amelia sempena ulang tahunnya.

“Happy birthday dear Amelia.. semoga sentiasa sihat, bahagia dan dilimpah kan dgn rezeki g melimpah ruah.. dan good luck in your new business Amelia Christie Lim (ACL) .. Amin,” tulisnya di kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut menzahirkan ucapan hari jadi kepada Amelia serta mempersoalkan bilakah pasangan ini bakal mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Sharnaaz turut berkongsi video ketika menyambut hari jadi Amelia yang turut menampilkan puteranya tersayang, Jebat Jayden di Instagram Story.

Sharnaaz yang mengusik anaknya itu tampak bahagia di samping Amelia apabila mereka saling tertawa melihat gelagat Jebat.

Sebelum ini, Amelia mengakui takdir Tuhan telah menemukan mereka ketika menjalani sebuah penggambaran bersama.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puji Sharnaaz Ahmad Sangat Tegas, Amelia Christie Dedah Momen Awal Perkenalan – “Masih Mengenal Hati Budi…”

Aqilah Paharuzi