Categories: SelebritiTrending

Mohon Netizen Beri Ruang Untuk Individu Selesai Kontroversi, Umie Aida Pula Dikecam! – “Kita Ajak Berdiam Tapi Dikritik”

Sebelum ini, pelakon Datin Seri Umie Aida mengeluarkan kenyataan meminta orang ramai untuk memberi ruang kepada keluarga selebriti yang dilanda kontroversi baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: “Kecoh Satu Malaya, Macam Kes Kerat Orang” – Umie Aida

Susulan itu, Umie Aida memuat naik keratan artikel yang menyatakan ada individu mempertikaikan kenyataannya itu.

Namun begitu, pelakon drama Mak Cun itu sekali lagi tampil menjelaskan bahawa dia sekadar menasihati orang ramai untuk tidak berkata perkara buruk.

Malah, kenyataannya itu ditulis secara umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana isu kontroversi yang timbul.

Tambahnya menerusi hantaran di Instagram Stories, dia berasa kesal apabila pesanannya itu pula dikritik oleh segelintir individu.

“Dunia sudah akhir zaman. Kita ajak untuk berdiam supaya jangan berkata-kata buruk. Dan kita tulis isu secara general, tak sebut isu apapun.

“Sebab terlalu banyak isu-isu yang boleh mengundang dosa bila kita tunjuk pandai menghukum mereka. Kan lebih baik jadi manusia terkecuali iaitu berdiam!

“Tapi kita pulak dikritik. MasyaAllah,” luahnya.

Atiqah Johari