Categories: SelebritiTrending

Muat Naik Foto Di Mahkamah, Hantaran Datin Red Cetus Tanda Tanya – “Ya Allah, Bolehkah Aku Minta Bahagian Kebahagiaanku”

Hantaran isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red mendapat perhatian daripada warganet.

Menerusi muat naiknya itu, Datin Red berkongsi video kata-kata sedih mengenai pelbagai ujian yang pernah dihadapinya sebelum ini.

Malah, Datin Red juga berkongsi foto berada di mahkamah dan menyatakan menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT sekaligus menimbulkan persoalan kepada warganet.

“Ujian apa lagi yang belum aku rasakan ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan semuanya telah diuji kepadaku. Berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan. Ya Allah, bolehkah aku meminta bahagian kebahagiaanku.

“Serahkan urusanmu kepada Allah. Senyumlah dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu, itu pasti milikmu dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu, maka pasti sesuatu itu tidak cocok untukmu. Teruslah percaya kepada Allah dan teruslah mengucapkan Alhamdulillah,” kongsinya.

Sekadar info, Datin Red merupakan isteri pertama dan memiliki lima orang cahaya mata bersama Datuk Red.

Manakala, pada 3 Disember 2015, Datuk Red telah berkahwin dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua dan dikurniakan empat orang anak bersama.

Artikel Berkaitan: “Jenguk Sekejap Je Tu, Macam Dulu Dia Jenguk Anak Kami” – Bekas Isteri Dedah Sikap Datuk Red?

Artikel Berkaitan: “Dia Respect Aku, Aku Respect Dia” – Kongsi Pendapat Hidup Bermadu, Netizen Kagum Dengan Datin Red & Adira

Artikel Berkaitan: Fail Cerai Sebab Tiada Persefahaman, Datuk Red Tak Setuju! Nak Pertahan Rumah Tangga Dengan Adira Suhaimi

Atiqah Johari