Categories: SelebritiTrending

Muat Naik Foto Terbaring, Ruhainies Masuk Hospital?

Pelakon Ruhainies memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya sedang berbaring mendapat perhatian warganet.

Menerusi perkongsiannya itu, dia memuat naik foto separuh wajahnya dan memperlihatkan mengenakan pakaian hospital serta wayar di badannya.

Namun begitu, Ruhainies sekadar memuat naik foto tanpa meninggalkan sebarang kapsyen pada hantaran Insta Storynya.

Terdahulu, Ruhainies didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah.

Malah, mereka berdua telah memberi penjelasan sekaligus menafikan dakwaan tersebut.

Bukan itu sahaja, pasangan pelakon ini juga dihentam teruk oleh warganet dan rakan baik Ruhainies mendedahkan bahawa dia kini banyak berdiam diri.

Artikel Berkaitan: Dakwaan Tangkap Basah Bawa Padah, Jenama Produk Kesihatan ‘Censored’ Muka Ruhainies Dalam Iklan

Artikel Berkaitan: Isu Khalwat, Rakan Baik Yakin Ruhainies Tak Buat Perkara Terkutuk – “Kini Dia Lebih Banyak Diam”

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Atiqah Johari