Categories: SelebritiTrending

“Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Pelakon Bella Astillah menyatakan bahawa dia dengan hati terbuka memaafkan pelakon Ruhainies yang didakwa ditangkap khalwat bersama suaminya, Aliff Aziz.

Memetik laporan mStar, Bella meluahkan bahawa dia enggan menyimpan dendam namun tidak akan dapat melupakan episode hitam yang meluluhkan hatinya pada Sabtu lalu.

“Sehingga hari ini (Rabu), pelakon wanita itu (Ruhainies) langsung tidak menghubungi. Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya maafkan dia.

“Saya maafkan namun tidak mungkin melupakan. Tidak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir lagi ke arah itu. Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya.

“Apa yang saya harapkan perkara ini menjadi pengajaran buat semua termasuk diri sendiri,” ujarnya kepada wartawan mStar.

Bella ditemui mStar ketika hadir ke pejabat A.Aida Productions untuk menandatangani beberapa tawaran drama terbitan syarikat milik Datuk A. Aida.

Sebelum ini, susulan kontroversi ini, Datuk A. Aida bertindak menggugurkan nama Ruhainies dan menggantikan pelakon itu dengan Bella dalam drama terbitan produksinya.

Malah, Bella juga meluahkan rasa terkilan apabila rakan baiknya itu sanggup untuk melakukan perkara terkutuk itu.

Bella juga mengulas mengenai penarikan diri dalam drama Terjerat yang juga dibintangi Ruhainies dan Aliff.

“Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen.

“Saya juga ambil keputusan untuk tarik diri dari penggambaran drama Terjerat kerana itulah yang terbaik. Syukur pihak produksi amat memahami situasi yang sedang saya alami,” jelasnya.

Walaubagaimanapun, Bella enggan mengulas lanjut mengenai keadaan suaminya malah menganggap perkara yang terjadi ini sebagai hadiah ulang tahunnya pada 15 Mac ini.

“Saya tidak boleh komen tentang Aliff. Minta doa sahaja buat dia.

“Mungkin perceraian dan kes yang terjadi ini sebagai hadiah ulang tahun saya pada 15 Mac. Ia menjadi pengajaran untuk saya lebih menyayangi diri sendiri,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Sumber: mStar

Atiqah Johari