Categories: SelebritiTrending

Kes Tangkap Basah Ruhainies, Aliff Aziz… JAWI Tak Lengahkan Siasatan

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) memaklumkan bahawa tidak akan berkompromi mengenai tangkapan khalwat yang membabitkan pasangan pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies.

Memetik laporan Harian Metro, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im memberitahu bahawa pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan mengenai kejadian tersebut.

“Proses siasatan dilaksanakan sebagaimana kelaziman berpandukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan di Bahagian Penguatkuasaan Jawi.

“Setakat ini, Jawi dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan akan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (Japens) untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro.

Malah, kenyataan tersebut timbul susulan ada dakwaan yang mengatakan pihak JAWI seolah-olah melambatkan proses pendakwaan kes itu.

Lagi, wujud juga kebimbangan dalam kalangan masyarakat jika isu ini terlepas kerana pasangan pelakon itu adalah figura awam.

Sebelum ini, media melaporkan berita tangkapan khalwat oleh JAWI bukanlah gimik atau tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak sebaliknya dilakukan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Tegas Mohd Na’im, perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan malah berkhalwat juga satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Jelasnya lagi, bahagian penguatkuasaan JAWI akan membuat tindakan secara bebas dan adil berdasarkan aduan diterima selepas menjalankan siasatan dan mendapati ia berlaku seperti dilaporkan serta akan membuat tangkapan.

Artikel Berkaitan: “Sekiranya Kami Dapati Ada Kelakuan Maksiat, Kami Akan Serbu” – Menteri Agama Tegaskan Tangkapan Khalwat JAWI Bukan Gimik

Artikel Berkaitan: 3 Jam JAWI Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Artikel Berkaitan: Belum Beri Sebarang Kenyataan, Ruhainies Tegaskan Situasi Dengan Aliff Aziz Bukan ‘Tangkap Basah’

Artikel Berkaitan: Ruhainies Hanya Kawan Aliff Aziz, Belum Sedia Beri Kenyataan Rasmi – “30 Minit, Bukan 3 Jam”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari